TOKYO 17 Mei – Jepun hari ini meluluskan undang-undang yang melarang penggunaan dron di semua kawasan melibatkan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung dan pangkalan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) sebagai langkah pencegahan kegiatan keganasan.
Di bawah undang-undang baharu itu, aktiviti penerbangan dron akan dilarang di semua lokasi berlangsungnya acara sukan Olimpik termasuk stadium untuk Piala Dunia Rugbi yang bermula pada September ini.
Undang-undang sedia ada hanya melarang aktiviti dron dilakukan di kawasan utama termasuk Pejabat Perdana Menteri dan Istana Imperial. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…










