GAZA CITY 17 Mei – Para penganjur membatalkan tunjuk perasaan mingguan di kawasan sempadan Gaza dan Israel hari ini iaitu buat kali kedua dalam tempoh lebih setahun.
Keputusan itu dibuat selepas berlaku tunjuk perasaan secara besar-besaran kelmarin sebagai memperingati Hari Nakba iaitu hari yang menyaksikan ratusan ribu penduduk Palestin diusir keluar dari rumah dan tanah mereka oleh Israel pada 1948.
Penganjur juga memaklumkan pembatalan dibuat kerana suhu yang tinggi dan tidak mahu mencetuskan lebih banyak situasi tegang. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…










