Pansar terima kontrak RM77.7 juta - Utusan Malaysia

Pansar terima kontrak RM77.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei- Unit milik Pansar Bhd., Pansar Engineering Services Sdn. Bhd. mendapat kontrak daripada Kiasan Engineering Sdn. Bhd. untuk fasa tiga Projek Tebatan Banjir Sibu, Lembangan Batang Rajang di Sarawak bernilai RM77.70 juta.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, pengedar produk kejuruteraan marin dan perindustrian berkata kerja-kerja ini merangkumi dua stesen pengepaman dengan tadahan air, menaik taraf dan pelebaran saliran, dan juga penurapan jalan.

“Projek yang dimiliki oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia itu dijangka dapat disiapkan pada Mac 2022,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Projek itu dijangka menjadi penyumbang positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 2020 hingga 2022. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini