Pasukan wanita Barcelona mampu melangkah jauh - Utusan Malaysia

Pasukan wanita Barcelona mampu melangkah jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 17 Mei – Pasukan bola sepak wanita Barcelona buat pertama kali bakal beraksi di pentas final Liga Juara-Juara berdepan juara lima kali Lyon di Budapest, Sabtu ini.

Ini merupakan musim perubahan buat bola sepak wanita, selepas mencipta rekod Eropah dengan kehadiran penonton berjumlah 60,739 ketika pertemuan Barca menentang Atletico Madrid di Wanda Metropolitano, Mac lalu.

“Ini membuktikan bola sepak wanita mampu berkembang di sini dan bukan hanya untuk tempoh yang singkat,” kata naib presiden Barca, Jordi Mestre.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ditanya sama ada, pasukan bola sepak wanita berpeluang menjadikan Camp Nou sebagai laman sendiri, Mestre mengakui perkara itu telah dibincangkan ketika aksi separuh akhir bertemu Bayern Munich sebelum ini.

“Tiada yang mustahil dan sebenarnya kita telah berbincang perkara itu sebelum separuh akhir bertemu Bayern untuk membenarkan perlawanan diadakan di Camp Nou tetapi kita perlu realistik.

“Pasukan wanita kini telah keluar daripada bayangan pasukan lelaki namun untuk mencapai tahap seperti yang dinikmati pasukan utama lelaki, perjalannya masih jauh buat mereka,” jelasnya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini