Dua suspek ditahan dalang rokok seludup - Utusan Malaysia

Dua suspek ditahan dalang rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas sejumlah rokok seludup bernilai RM275,192 selepas dipercayai menjadi dalang sindiket pengedaran rokok seludup di sekitar ibu negara kelmarin.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, suspek ditahan di sekitar Jinjang berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang awam.

“Kedua-dua suspek yang berusia 38 hingga 59 tahun itu ditahan dalam Op Asap dan siasatan awal mendapati salah seorang daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejumlah 1,734 karton rokok seludup pelbagai jenama telah dirampas bersama sebuah kereta serta wang tunai berjumlah RM4,400 dan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM304,592,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Acryl Sani memberitahu, kedua-dua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula 15 sehingga 17 Mei di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini