Jepun uji generasi terbaharu Shinkansen - Utusan Malaysia

Jepun uji generasi terbaharu Shinkansen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 16 Mei – Jepun menguji prototaip kereta api laju atau lebih dikenali Shinkansen generasi seterusnya dan dijangka menjadi yang terpantas di dunia.

Shinkansen itu dikatakan mampu mencapai kelajuan sehingga 320 kilometer sejam ketika ujian yang dijalankan hari ini.

Menurut syarikat East Japan Railway, kereta api itu yang diberi kod nama ALFA-X boleh mencapai kelajuan sehingga 360 kilometer sejam apabila ia beroperasi dalam tempoh sedekad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pembuatan Shinkansen itu tamat pada awal bulan ini dan menelan belanja sehingga AS$91 juta (RM378 juta). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini