PUTRAJAYA 16 Mei – Kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memberitahu, bantuan itu sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
“Bantuan khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 0.8 juta pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei ini,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, bayaran bantuan khas itu melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta. – UTUSAN ONLINE











