Shah Alam alami gangguan bekalan air bermula 2 petang ini - Utusan Malaysia

Shah Alam alami gangguan bekalan air bermula 2 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Beberapa kawasan di Shah Alam, Selangor akan mengalami gangguan bekalan air hari ini berikutan kerosakan peralatan satu daripada pam utama di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Tiga (SSP3).

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata gangguan bekalan itu bermula 2 petang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan bacaan paras kolam dan sistem agihan, akan berlaku penurunan paras kolam dan pengurangan agihan air terawat sebanyak 40 Juta Liter Harian (JLH) dan akan menyebabkan gangguan bekalan air secara berperingkat ke kawasan-kawasan yang tersenarai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Antara kawasan yang terjejas ialah Bukit Kuda dan Jalan Batu 3 Lama; Seksyen 2; Seksyen 3; Seksyen 4; Seksyen 5; Seksyen 6; Seksyen 7; Seksyen 8; Seksyen 9; Seksyen 10; Seksyen 11; Seksyen 12; Seksyen 13; Seksyen 14; Seksyen 15; Seksyen 16; Seksyen 17; Seksyen 18; Seksyen 19; Seksyen 20; Seksyen 21; Seksyen 22; Seksyen 23; Seksyen 24; Seksyen 25 dan Seksyen 26.

Beliau berkata, Syabas sedang berusaha untuk mengatasi masalah itu dan telah mengambil tindakan penyaluran bekalan alternatif bagi mengelakkan impak gangguan kepada pelanggan.


Pihak Air Selangor juga akan menggerakkan bantuan lori-lori tangki air ke kawasan itu dan pada masa sama menasihatkan pengguna terlibat menyimpan bekalan air secukupnya.


Untuk sebarang kemas kini mengenai status terkini, orang ramai boleh merujuk aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini