NIAMEY 16 Mei – Polis menemukan 11 mayat anggota tentera Niger yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas pasukan keselamatan itu menembak mati 17 pengganas dalam satu serbuan di sempadan Mali, di sini semalam.
AFP yang memetik sumber keselamatan sebagai berkata, dalam serbuan kira-kira dua jam berhampiran perkampungan Tongo Tongo, di barat wilayah Tillaberi, di sini itu turut mengakibat beberapa anggota keselamatan cedera.
“Kami mengesahkan 11 anggota tentera yang hilang sebelum ini ditemukan mati,” kata sumber, di sini semalam. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











