51 fakir miskin dan ibu tunggal dirai pada Ihya Ramadan - Utusan Malaysia

51 fakir miskin dan ibu tunggal dirai pada Ihya Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 15 Mei – Sebanyak 51 orang fakir miskin dan ibu tunggal di sekitar Kampung Tun Razak, Bukit Katil di sini diraikan pada majlis Ihya Ramadan anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka yang diadakan di Masjid Ar Rahmah petang ini.

Program tersebut yang merupakan acara tahunan TNB Melaka bertujuan menjalinkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat selain mengimarahkan masjid sempena bulan Ramadan.

Pada majlis itu, Ketua Menteri, Adly Zahari turut menyampaikan sumbangan sebuah van jenazah kepada Lembaga Masjid Ar Rahmah untuk kegunaan ahli kariah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Adly dalam ucapannya meminta semua ahli jawatankuasa masjid di negeri ini supaya terus memainkan peranan menyatukan umat Islam menerusi pelbagai program yang diatur sempena bulan mulia ini.

“Peranan yang dimainkan jawatankuasa masjid tidak boleh dikesampingkan kerana dengan pengurusan pentadbiran masjid yang cemerlang akan memberi kesan positif kepada masyarakat setempat,” katanya.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab. Rahman; Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) Bahagian Retail TNB Melaka, Ahmad Rezahan Mohammad dan Pengerusi Masjid Ar Rahmah, Hamzah Salam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini