Telan 116 paku, lelaki India ini ‘kebal’ - Utusan Malaysia

Telan 116 paku, lelaki India ini ‘kebal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 15 Mei – Seorang lelaki India bernasib baik kerana masih hidup selepas doktor mengeluarkan lebih 116 paku besi dan dawai panjang dari dalam perutnya.

Lapor RT, seorang pakar bedah di Bundi, Dr. Saini terkejut selepas imbasan X-ray me­nunjukkan perut Bhola Shankar dipenuhi dengan objek tajam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mencadangkan peme­riksaan imbasan CT. Imbasan berkenaan juga mengesahkan perkara yang sama dan pesakit itu telah menjalani pembedahan Isnin lalu,” katanya.

Shankar sebelum itu me­ngadu sakit teruk pada bahagian abdomennya.

Pembedahan tersebut me­ngambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan objek terbabit daripada tubuh­nya.

Kebanyakan paku berkenaan berukuran 6.5 sentimeter panjang yang boleh mengakibatkan kecederaan sukar dirawat apabila ia memasuki bahagian usus.

Shankar, yang bekerja sebagai pekebun dikatakan mempunyai masalah mental dan tidak dapat menjelaskan mengapa dia bertindak demikian.

Menurut doktor, berkemungkinan Shankar telah makan semua objek tersebut untuk satu tempoh yang lama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini