Budak terjatuh tingkat 11 hotel ketika berjalan dalam tidur - Utusan Malaysia

Budak terjatuh tingkat 11 hotel ketika berjalan dalam tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTAYA, Thailand – Seorang kanak-kanak perempuan terselamat selepas terjatuh daripada tingkat 11 Hotel D Varee Jomtien Beach di sini baru-baru ini.

Mangsa berumur 5 tahun yang tidak dinamakan dilaporkan terjatuh daripada ketinggian lebih 30 meter selepas memanjat balkoni hotel itu. Dia dipercayai berjalan dalam tidur.

Bapa mangsa, Decha Sookplum, 43, membawa anaknya menginap di situ selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama rakan-rakan sekolah menengah di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Klip rakaman video menunjukkan mangsa memakai baju jingga keluar dari bilik penginapan di tingkat 12 pada awal pagi Ahad lalu. Pada ketika itu, Decha masih tidur di bilik hotel.

Bagaimanapun, pintu bilik tertutup dan mangsa gagal masuk ke dalam bilik. Dia kemudiannya cuba membuka beberapa pintu bilik lain di tingkat sama, namun gagal.

Mangsa dilihat turun ke tingkat 11 dan melakukan perkara sama sebelum memanjat balkoni dan tergelincir jatuh.

Ambulans membawa mangsa ke Hospital Bangkok dan kakitangan hotel memaklumkan kejadian itu kepada Decha.

Mangsa disahkan mengalami kecederaan serius termasuk patah kaki dan tangan kini dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Chonburi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini