i-Stone meterai perjanjian taja jamin dengan M&A Securities - Utusan Malaysia

i-Stone meterai perjanjian taja jamin dengan M&A Securities

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Pembekal penyelesaian automasi berpangkalan di Johor, i-Stone Group Bhd. (i-Stone) menandatangani perjanjian taja jamin dengan M&A Securities Sdn. Bhd. sempena pelaksanaan tawaran awam permulaannya (IPO) untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd..

i-Stone dalam kenyataannya berkata, M&A Securities akan menaja jamin 73.28 juta saham baharu yang merangkumi 61.07 juta saham yang ditawarkan kepada orang awam dan 12.21 juta saham bagi pengarah dan pekerja.

Pengarah Urusannya, Tee Sook Sing berkata, kumpulan itu telah mengembangkan keupayaan dalaman untuk aktiviti pembuatan automasi yang membawa kepada penubuhan model perniagaan bagi membolehkannya mengawal kualiti dan pengeluaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mengendalikan model perniagaan dengan mengintegrasikan kepakaran dan keupayaan dalaman, yang merupakan kelebihan kompetitif kami.

“Ini membolehkan kami memajukan mesin automasi khusus kami untuk memenuhi spesifikasi dan penyelesaian yang diperlukan oleh pelanggan,” katanya di sini hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini