Pengumpul barangan lusuh mengaku telan tujuh pil kuda sehari - Utusan Malaysia

Pengumpul barangan lusuh mengaku telan tujuh pil kuda sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Seorang pengumpul barangan lusuh yang ditahan pasukan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di halaman rumahnya di Kampung Gong Duek, Hulu Besut dekat sini hari ini mengaku mengambil tujuh biji pil kuda sehari demi keperluan ketagihannya.

Lelaki yang berusia 31 tahun itu antara tujuh suspek disyaki penagih dadah yang berjaya di tahan dalam operasi selama lebih tiga jam berakhir pukul 5.30 pagi.

Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, sewaktu ditahan, suspek sedang berhalusinasi dipercayai kesan daripada pengambilan pil kuda terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sewaktu serbuan dilakukan, lelaki itu tidak mengendahkan kehadiran pasukan penguat kuasa sebaliknya bercakap seorang diri dengan suara kuat sambil membaiki motosikal di halaman rumahnya walau dalam keadaan gelap.

“Gayanya seolah-olah berbual dengan seseorang tetapi sebenarnya itu kesan halusinasi disyaki akibat pengambilan pil kuda berkenaan,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Noor Hafizza berkata, sewaktu disoal siasat, suspek mengaku menjadi penagih dadah sejak 13 tahun lalu dan perlu mengambil sehingga tujuh biji pil kuda sehari bagi memuaskan ketagihannya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini