LONDON 15 Mei – Robin van Persie yang bersara daripada bola sepak, Ahad lalu, telah menyarung jersi dengan rekaan pelik apabila menggabungkan kesemua empat kelab yang pernah diwakilinya dan tindakan tersebut menyebabkan peminat Arsenal melabelkan pemain itu sebagai ‘ular’.
Jersi pelik itu telah menggabungkan jersi dari kelab Feyenoord, Arsenal, Manchester United dan Fenerbahce. Ruud van Nistelrooy turut melakukan tindakan sama apabila dia menyarung jersi yang digabungkan hasil rekaan Blood In Blood Out, sementara untuk Wesley Sneijder pula mereka menggabungkan kesemua rekaan jersi Belanda yang pernah disarungnya.
Namun, segelintir peminat Arsenal yang masih belum melupakan bagaimana Van Persie, 35, menyingkirkan mereka untuk menyertai skuad bimbingan Alex Ferguson, United di mana bersama kelab itu pemain tersebut memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris pada 2013.
Kejayaan itu juga merupakan yang terakhir dicatat Ferguson selaku bos United, sebelum Red Devils mengalami kemerosotan sejak itu. Namun, rekaan jersi tersebut tidak semua yang boleh menerimanya.
Seorang peminat Arsenal menerusi hantaran mesej dalam Twitter berkata: “Anda pergi untuk United, nampaknya anda sudah lupa.”
Dalam satu lagi hantaran mesej, seorang peminat yang menyertakan sekali emoji ular memberitahu: “Dia tidak pernah bergelar pemain Arsenal.”
Terdapat sesetengah penyokong yang menganggap hasil rekaan tersebut sebagai fesyen bola sepak dan tidak kurang juga dalam kalangan peminat yang memberi maklum balas dengan meletakkan emoji wajah meluat.
Ada seorang peminat yang melakukan hantaran gif dengan mesej “Bakar saja jersi itu”, manakala seorang lagi penyokong menerusi kiriman di Twitter berkata: “Ia amat teruk.”
Melakukan sebanyak 481 penampilan bersama kelab yang pernah diwakilinya, van Persie menyertai Arsenal dari Feyenoord pada 2004, sebelum dia mencetuskan kontroversi dengan berpindah ke Old Trafford pada 2012 selepas memenangi Pemaik Terbaik Tahunan PFA (Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional).
Sebanyak 30 jaringannya pada musim pertama di United telah membantu Ferguson merangkul gelaran Liga Perdana terakhirnya, dan selepas itu, van Persie telah dijual oleh Louis van Gaal pada 2015 kepada Fenerbache, di mana pemain tersebut meledakkan 36 gol sepanjang empat musim bersama kelab itu. – AGENSI











