KUALA LUMPUR 15 Mei – Samsung Electronics Co. Ltd. kini menampilkan aplikasi Apple TV dan Airplay 2 dalam model televisyen pintar terkini serta model 2018 terpilih dengan data perisian tegar yang dikemaskini.
Aplikasi baharu Apple TV itu ditawarkan di lebih 100 negara manakala AirPlay 2 pula mendapat sokongan di 176 negara.
“Pengguna (televisyen pintar) Samsung Smart TV akan dapat menikmati kemudahan Apple TV+, khidmat langganan video asli Apple menerusi aplikasi Apple TV itu di rangkaian model televisyen yang sama,” katanya dalam satu kenyataan. -BERNAMA
Memuatkan artikel berkaitan…











