Dr. Mahathir terus main peranan sebagai negarawan - Anwar - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir terus main peranan sebagai negarawan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad akan terus memainkan peranan penting sebagai seorang negarawan sekiranya berlaku perubahan kepimpinan negara, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dia harus diberi ruang. Andai kata saya ambil alih pun, peranan Dr. Mahathir tetap ada sebagai seorang negarawan yang berjasa kepada negara kita,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk Digital Native Agenda di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi dekat sini hari ini.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, diminta mengulas mengenai ulang tahun pertama beliau dibebaskan dari penjara pada 16 Mei.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengenai pelan peralihan kepimpinan, Anwar berkata apa-apa perkara mengenai pelan peralihan perlu dibincangkan antara beliau dan Dr. Mahathir seperti yang dilakukan sebelum ini.

Soal tarikh (peralihan kuasa) dan sebagainya, biar beliau (Dr Mahathir) bincang dengan saya, saya tiada masalah,” kata Anwar.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini