Chef 'Rendang Crispy' keluarkan buku masakan Julai ini - Utusan Malaysia

Chef ‘Rendang Crispy’ keluarkan buku masakan Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Tukang masak kelahiran Malaysia, Zaleha Kadir Olpin, 49 yang tersingkir daripada rancangan pertandingan masakan, MasterChef UK 2018 akibat rendang yang dimasaknya tidak rangup akan mengeluarkan buku masakannya tidak lama lagi.

Zaleha menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya, That Rendang Lady berkata, buku masakan bertajuk ‘My Rendang Isn’t Crispy and Other Favourite Malaysian Dishes’ itu akan dikeluarkan untuk pasaran Asia pada 1 Julai hadapan, diikuti di United Kingdom (UK) pada 16 September.

“Saya tidak dapat memberitahu anda betapa teruja saya rasa sekarang, sejak beberapa bulan bekerja keras akhirnya dapat memegangnya. Saya harap anda akan dapat menikmati dan menghargainya,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zaleha yang dilahirkan di Kuantan, Pahang namun kini menetap di Bristol, UK menghidangkan nasi lemak ayam rendang dalam pusingan ‘knockout’ pertandingan MasterChef UK tahun lalu namun mendapat kritikan juri Gregg Wallace dan John Torode apabila mengatakan rendang ayamnya itu tidak rangup atau ‘crispy’.

Wallace kemudian dikecam teruk oleh warga maya, namun beliau dalam satu rancangan menjelaskan bahawa maksud sebenar ‘crispy’ itu adalah tidak masak.

Buku masakan itu mengandungi resipi masakan seperti laksam, nasi lemak dan rendang ayam yang kebanyakannya merupakan turun-temurun daripada ibu dan neneknya selain mengekalkan cara tradisional memasak tetapi sesuai dengan dapur moden.

Menerui buku itu juga, Zaleha turut berkongsi kisahnya membesar dalam keluarga yang gemar memasak serta kepentingan makanan dalam budaya Malaysia.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini