Kastam Sungai Petani adakan program kacau bubur lambuk bersama penduduk - Utusan Malaysia

Kastam Sungai Petani adakan program kacau bubur lambuk bersama penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 15 Mei – Bagi merapatkan hubungan bersama masyarakat setempat, Kastam Diraja Malaysia cawangan daerah ini telah mengadakan program mengacau bubur lambuk bersama penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) 11 Flat Paya Nahu, Taman Ria Jaya di sini, semalam.

Turut mengambil bahagian ahli-ahli Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM).

Ketua Pegawai Kastam Daerah Sungai Petani, Mohd. Sukri Jusoh berkata, program kali kedua diadakan itu adalah merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) agensi berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau memberitahu, kerja-kerja mengacau bubur lambuk itu dimulakan pada pukul 9 pagi sehingga berjaya menghasilkan kira-kira 500 pek.

“Pek-pek itu kemudian diagih-agihkan kepada semua penduduk tanpa mengira kaum,” katanya ketika ditemui.

Yang turut hadir Penolong Pegawai Penerangan Daerah Kuala Muda, Zatul-Iffah Wahab.

Pengerusi LKPIM Cawangan PPR 11 Flat Paya Nahu, Rozekna Hashim berkata, pihaknya mengalu-alukan program itu kerana boleh merapatkan hubungan kastam dan penduduk. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini