TUARAN – Kira-kira 60,000 ekor ayam rentung dalam satu kebakaran membabitkan tiga blok kandang ayam sepanjang 60 meter di Pusat Penternakan Ayam Eng Peng Group di Kampung Bantayan Tamparuli di sini semalam.
Kebakaran kira-kira pukul 5.10 pagi itu disedari sekumpulan pekerja yang tinggal berhampiran, sebelum menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan segera.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.23 pagi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurutnya, seramai 10 anggota termasuk pegawai dikerah bergegas ke lokasi bersama dua jentera untuk membantu memadamkan api kebakaran.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











