Pengendali bazar Ramadan wajib dapat suntikan - Utusan Malaysia

Pengendali bazar Ramadan wajib dapat suntikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 15 Mei – Semua pengusaha bazar Ramadan perlu memastikan pekerja mereka yang mengendalikan makanan mendapatkan suntikan vaksin pelalian anti-tifoid.

Suntikan itu bertujuan mengelak pengendali makanan daripada dijangkiti penyakit tifoid dan mencegah penularannya kepada orang awam melalui makanan atau minuman.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, A. Sivanesan berkata, peraturan itu mesti dipatuhi kerana ia melibatkan jaminan terhadap tahap kebersihan pengendaliaan makanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara.

“Sejak seminggu lalu pihak Jabatan Kesihatan negeri telah memeriksa sebanyak 1,794 premis bazar Ramadan di seluruh negeri ini melibatkan seramai 4,033 pengendali makanan.

“Daripada jumlah itu kita telah mengeluarkan 16 notis kesalahan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana tidak mengambil suntikan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan pemeriksaan di tapak Bazar Ramadan Stadium Ipoh di sini hari ini.

Pemeriksaan tersebut turut melibatkan penguat kuasa Jabatan Kesihatan negeri, Majlis Bandaraya Ipoh dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Mengulas lanjut kata beliau, daripada jumlah premis yang diperiksa itu kira-kira 1,575 gerai mendapat markah penilaian melebihi 80 peratus atau baik.

Jelas beliau, sepanjang tempoh itu juga sebanyak 54 sampel untuk analisa mikrobiologi, ujian kimia (lima) dan ujian fizikal (dua).

“Laporan mingguan ini penting sebagai usaha kita memantau kebersihan premis bazar Ramadan bagi mengelak kes seperti keracunan makanan.

“Kita juga mahu para peniaga memainkan kerjasama mengikut peraturan yang ditetapkan. Mahu atau tidak, peniaga yang didapati melanggar peraturan akan berhadapan dengan tindakan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini