Personaliti TV enam tahun sembunyikan gigi - Utusan Malaysia

Personaliti TV enam tahun sembunyikan gigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AGOURA HILLS, California – Seorang personaliti televisyen (TV) akhirnya mempamerkan senyuman manis ‘gaya aktres Julia Roberts’ selepas bertahun-tahun menutup mulut ketika ketawa kerana menganggap giginya tidak cantik, lapor akhbar Daily Mail.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Marcela Iglesias akhirnya berani tersenyum lebar selepas dia menjalani pembedahan kosmetik gigi yang menelan belanja sebanyak AS$45,000 (RM187,481).

Wanita itu menjalani pembedahan tersebut ekoran malu dengan giginya, malah selama enam tahun dia cuba mengelak daripada menunjukkan barisan giginya yang jarang apabila tertawa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, dia mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan kerana berasakan tahun ini adalah paling sesuai berbuat demikian.

“Saya mendambakan senyuman lebar seperti Julia Roberts. Saya juga mengagumi Pauly D dan Kourtney Kardashian. Apabila mereka senyum di kaca televisyen, saya turut sama senyum,” kata Marcela yang tidak mendedahkan usianya.

Wanita itu kelihatan lebih ceria dan muda selepas menjalani pembedahan itu, malah keluarganya turut terkejut melihat perubahan yang berlaku.

“Saya memiliki gigi yang ‘kecil’ dan jarang kerana malas menggosok gigi semasa kanak-kanak,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini