Dilarang pandang wanita bulan Ramadan - Utusan Malaysia

Dilarang pandang wanita bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN 14 Mei – Lelaki di Iran diarahkan supaya tidak memandang wa­nita sepanjang bulan Ramadan, sebagai sebahagian daripada tindakan kekerasan kerajaan ke atas kebebasan di tengah-tengah sekatan Amerika Syarikat (AS) dan kekacauan awam.

Lapor Mail Online, Iran turut mengumumkan sesiapa yang makan di khalayak ramai atau memainkan muzik dalam kereta mereka juga bakal ditahan.

Jurucakap kehakiman, Gholam-Hossein Esmaili berkata, beliau menasihatkan wa­nita supaya menghormati hijab berbanding sebelum ini dan lelaki juga perlu mengelak memandang wanita secara langsung di kawasan awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sesiapa yang ingkar arahan ini ketika Ramadan dianggap melakukan kesalahan dan bakal menerima hukuman daripada unit penguatkuasaan undang-undang,” katanya.

Langkah itu dibuat ketika polis melancarkan siasatan terhadap sebuah video yang tular dalam media sosial, memaparkan sekumpulan pelajar sekolah perempuan dan guru menari mengikut irama lagu berkonsepkan pop baru-baru ini.

Menurut Menteri Pendidikan, Mohammad Bathaei, sepasukan pakar telah diarahkan untuk menjejaki sumber video terbabit yang menunjukkan pelajar mengambil bahagian dalam cabaran tarian dalam talian.

“Musuh mencuba pelbagai cara untuk mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai termasuklah menyebarkan video seumpama ini.

“Saya percaya terdapat plot berbentuk politik di sebalik penyebaran video berkenaan,” katanya.

Dalam perkembangan ber­kaitan, pasukan keselamatan di Iraq mengenakan larangan terhadap pemakaian seluar jean lusuh dan jean pendek.

Lapor portal Kur­distan 24, lebih 20 lelaki telah ditahan di bawah undang-undang baharu itu yang dikuatkuasakan sepanjang Ramadan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini