Disamun, dicabul pengawal keselamatan warga Nepal - Utusan Malaysia

Disamun, dicabul pengawal keselamatan warga Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 14 Mei – Niat baik seorang jurujual wanita menumpangkan seorang pengawal keselamatan yang ditemui di Forest City, Tanjung Kupang, dekat sini, kelmarin memakan diri apabila dia menjadi mangsa samun dan cabul lelaki warganegara Nepal itu.

Dalam kejadian 10.15 malam itu, ketika mangsa hendak pulang, dia didatangi oleh suspek yang tidak dikenali lengkap berpakaian seragam pengawal keselamatan meminta hendak menumpang kereta dan menghantarnya ke perhentian bas Gelang Patah.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketika sampai di Lebuhraya Tanjung Pelepas (PTP) tiba-tiba lelaki warga asing tersebut yang duduk di tempat penumpang belakang telah menarik baju mangsa dengan kuat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek yang dianaggarkan berusia 30-an itu kemudiannya berpindah ke tempat duduk hadapan dan telah menyeluk tangannya ke dalam skirt mangsa dan terkena bahagian peha.

“Tersentak dengan tindakan lelaki Nepal itu, mangsa telah memulas stering kereta hingga menyebabkan berlaku pelanggaran dengan kereta lain. Suspek kemudiannya bertindak mengambil telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata, mangsa telah tampil membuat laporan di Balai Polis Tanjung Kupang pada pukul 2 pagi semalam.

Katanya, ketika panik hendak melarikan diri, suspek meninggalkan beg galas yang dibawanya dalam kereta pengadu.

“Pengadu buat pemeriksaan dan terdapat dokumen peribadi disyaki milik suspek. Kes ini masih dalam siasatan pihak polis,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 392/354 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini