Gara-gara media sosial seorang gadis mati - Utusan Malaysia

Gara-gara media sosial seorang gadis mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Gara-gara status undian ‘mati’ di media sosial yang diberikan netizen mencecah 69 peratus dikhuatiri menjadi punca seorang gadis terjatuh dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di MJC, Batu Kawa, Kuching di sini semalam.

Memetik laporan portal Suara Sarawak, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa ditemukan adik lelakinya terbaring di atas jalan ketika berjalan pulang ke rumah sewa mereka selepas keluar makan bersama ibunya.

“Mayat mangsa ditemukan berlumuran darah oleh adiknya pada pukul 8 malam,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aidil memberitahu, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 16 tahun dipercayai membuat satu undian dalam laman Instagramnya yang dimuat naik pada pukul 3 petang semalam.

“Dengan status ‘Really Important, Help Me Choose D/L yang membawa maksud D (mati) dan L (hidup).

“Selepas diterjemah rakan rapatnya, 69 peratus rakan Instagram memilih D manakala 31 peratus lagi memilih L. Selain itu, mangsa juga membuat catatan di Facebook ‘Wanna Quit Life I’m Tired’,” katanya.

Bagaimanapun, Aidil memberitahu, tindakan mangsa membunuh diri dipercayai kerana kecewa dengan sikap bapa tirinya yang bekerja di Singapura dan jarang pulang ke Kuching selepas berkahwin dengan wanita warga Vietnam.

“Kami menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 8 malam daripada seorang lelaki yang datang ke balai dan memaklumkan terdapat mayat seorang gadis tidak dikenali terjun dari bangunan serta dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di atas jalan,” katanya.

Menurut Aidil, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya sudah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

“Setakat ini tiada unsur jenayah dikesan di lokasi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini