3,527 iklan haram dilupus - Utusan Malaysia

3,527 iklan haram dilupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 14 Mei – Sejumlah 3,527 iklan haram termasuk banting, gegantung dan papan tanda pinjaman wang tanpa lesen dilupuskan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sejak awal tahun ini.

Yang Dipertua MPHTJ, Rafee Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil bagi menghalang kegiatan promosi ini yang menyalahi peraturan iaitu tidak mempunyai lesen iklan dan permit kebenaran menggantung.

“Sejak awal tahun ini, MPHTJ telah melupuskan sejumlah 3,527 banting haram yang dipasang di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Iklan-iklan ini dilupuskan kerana penggantungannya tidak mengikut prosedur ditetapkan malah ada yang diiklankan di tempat yang tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang akhbar sempena program pelupusan iklan haram di bangunan MPHTJ di Melaka Mall, Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang turut hadir, Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) negeri, Mohammad Arif Haron dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Inspektor Wan Andika Ibrahim.

Rafee berkata, tindakan penguatkuasaan itu akan diteruskan dan kesalahan akan diambil tindakan mengikut Undang-undang Kecil Iklan MPHTJ 2010 dan Undang-undang Kecil Vandalisme MPHTJ 2010.

“Adakalanya mereka menggunakan nombor palsu di iklan tersebut, namun sekiranya nombor tersebut diakui benar oleh SKMM, kesalahan itu tidak akan dibatalkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini