Lelaki ceroboh pesawat tiada permit kerja sah - Utusan Malaysia

Lelaki ceroboh pesawat tiada permit kerja sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 14 Mei – Lelaki warga Indonesia yang ditahan semalam kerana bertindak menceroboh serta bersembunyi dalam ruang tayar pesawat kargo di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) didapati tidak mempunyai permit kerja sah.

Jafri Md. Zain
Jafri Md. Zain 

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md. Zain berkata, suspek berusia 39 tahun itu yang kini ditahan reman hanya mempunyai pasport.

“Sehubungan itu, kita sedang mengesan seorang lelaki iaitu pemilik kedai memproses ayam di Balik Pulau yang didakwa tidak membayar gaji suspek sejak dua bulan lalu bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, suspek ditahan polis selepas bertindak menceroboh serta bersembunyi di dalam ruang tayar pesawat kargo di kawasan LTAPP kerana mahu pulang ke Medan, Indonesia.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, tindakan suspek dikesan seorang juruteknik yang sedang membuat penyelengaraan kapal terbang kargo berkenaan.

Difahamkan suspek yang hanya mempunyai wang RM6 bersembunyi dalam beberapa pesawat yang terdapat di LTAPP bagi mengelak ditahan pasukan kawalan keselamatan.

Bagaimanapun, suspek berjaya dikesan dalam ruang tayar kapal terbang kargo jenis Boeing 767 milik sebuah syarikat kurier.

Kapal terbang kargo itu dipercayai akan menuju ke Korea dan bukannya Medan, Indonesia selepas siap penyelenggaraan.

Dalam pada itu, Jafri berkata, polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini