Penganggur ditahan tanam ganja - Utusan Malaysia

Penganggur ditahan tanam ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 14 Mei – Seorang penganggur tidak menyangka kegiatannya menanam pokok ganja di bahagian dapur rumahnya di Kelana Jaya, di sini berjaya dikesan pihak polis.

Difahamkan, serbuan ke rumah teres dua tingkat milik lelaki berkenaan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira pukul 7.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pemeriksaan terhadap suspek yang berusia 28 tahun menemukan satu peket daun kering disyaki ganja seberat 14 gram.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan kemudian dilakukan di bahagian dapur rumah berkenaan dan menemukan 11 batang pokok ganja berusia sebulan hingga enam bulan yang ditanam dalam pasu.

“Kita turut merampas sejumlah mata wang asing, kereta Toyota dan sebuah motosikal Ducati,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Petaling Jaya, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zani, suspek mendapat benih pokok tersebut daripada peket ganja yang telah diproses namun dan motif sama ada suspek menjadi pembekal atau sebaliknya masih disiasat.


Tambahnya, suspek kini direman tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini