Anwar layak jadi PM - Saifuddin Nasution - Utusan Malaysia

Anwar layak jadi PM – Saifuddin Nasution

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menjadi calon dan dilantik sebagai Perdana Menteri sesuai dengan kedudukannya sebagai ahli Parlimen yang telah dipilih secara sah.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan berkata, pada masa sama, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menguasai majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah mencapai muafakat untuk menamakan Anwar yang juga Presiden PKR sebagai calon Perdana Menteri ke lapan.

“Tumpuan Anwar dan parti itu ketika ini adalah memelihara muafakat PH, mendokong penuh kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan berusaha menterjemahkan agenda rakyat serta reformasi dalam pentadbiran kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin dunia dan tokoh Islam yang tersohor seperti Nelson Mendela, Imam Hanafi dan Recep Tayyip Erdogan pernah dipenjarakan akhirnya tetap dipilih menjadi pemimpin kerana integriti serta kemampuan mereka memimpin dan bukan dengan label atau gelaran yang diberi,” katanya hari ini.

Pada Jumaat lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, Sabah mempersoalkan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Anwar sebagai bakal Perdana Menteri.

Semalam, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu itu mempertahankan kenyataannya itu kerana telah meneliti perkara tersebut berdasarkan fakta dan undang-undang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini