Berlari dengan botol plastik - Utusan Malaysia

Berlari dengan botol plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Acara larian bukan sesuatu yang baharu bagi masyarakat negara ini yang kini semakin popular sebagai salah satu cabang aktiviti kesihatan.

Selari dengan penerimaan masyarakat, National Geographic dan Gamuda Land baru-baru ini menganjurkan acara larian bagi

menekankan matlamat alam sekitar dan mewujudkan bandar lestari menerusi kempen ‘Planet or Plastic?

Memuatkan artikel berkaitan…

Acara yang masuk tahun penganjuran kali kedua itu bermula pada pukul 6.30 pagi dengan penyertaan 2,300 pelari membabitkan kategori 15 kilometer (km), 5 km dan 2 km untuk kanak-kanak.

Apa yang menjadi kelainan berbanding acara larian lain, peserta perlu membawa botol minuman yang diberikan sepanjang larian sebagai simbolik mengurangkan pencemaran alam sekitar membabitkan pembuangan plastik.

Selain itu, setiap pelari juga perlu melafazkan ikrar untuk mengurangkan penggunaan plastik dengan menyasarkan satu bilion plastik dapat dihalang daripada memasuki laut menjelang tahun 2020.

Earth Day Run 2019 turut mendapat sokongan dan tajaan pelbagai pihak termasuk kerajaan dan syarikat swasta lain seperti FOX Sports Asia, Nivea Men, Touch ‘n Go eWallet, Fitness First, Cenviro, Weimar dan Zero Waste Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini