Program Cambahan Ilmu 3.0 untuk warga UKM Kampus Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Program Cambahan Ilmu 3.0 untuk warga UKM Kampus Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Kuala Lumpur (KKL) akan mengadakan Program Cambahan Ilmu 3.0, Jumaat ini.

Sehubungan dengan itu, orang ramai khususnya pelajar dan kakitangan UKM KKL dipelawa untuk mendengar ceramah tersebut yang akan disampaikan oleh Pegawai Agama Pusat Islam KKL, Ustaz Hasrizal Hasan bermula pukul 2.15 hingga 5 petang, di Dewan Kuliah 1, universiti berkenaan.

Penganjur, Biro Latihan dan Kerohanian, Kesatuan Kakitangan Pelaksana (KKPel) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya memohon peserta yang mengikuti ceramah berkenaan untuk membuat pendaftaran di https://forms.gle/Yc5AbuEMUap8eavv7.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebarang pertanyaan untuk ceramah berkenaan boleh terus menghubungi Nor Asiah di talian 016-416 8644. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini