Wan Abdul Hakim kekal Pengerusi Kelab Sahabat N32 - Utusan Malaysia

Wan Abdul Hakim kekal Pengerusi Kelab Sahabat N32

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 11 Mei – Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar mengekalkan kedudukannya sebagai Pengerusi Penaja Kelab Sahabat N32 Kemaman Terengganu (Kelab Sahabat N32) dalam satu pemilihan di sini kelmarin.

Pemilihan Wan Abdul Hakim yang merupakan bekas EXCO Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu dibuat dalam Mesyuarat Agung kali pertama pertubuhan itu bersempena Majlis Berbuka Puasa Kelab Sahabat N32 di Bilik Mesyuarat Pesona Ventures Sdn. Bhd. di sini.

Menurut Wan Abdul Hakim, Kelab Sahabat N32 merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bebas dari parti politik dan akan bergerak mengikut kesesuaian semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, penubuhan kelab itu bertujuan membantu mengetengahkan isu-isu rakyat selain memberi peluang kepada anak muda serta golongan profesional menyatakan pandangan mereka demi masa depan negara.

Jelas beliau, pelbagai program dirancang dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat seperti Ziarah Ramadan dengan berkunjung dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan hari raya kepada golongan miskin agar mereka juga dapat merasai nikmat berhari raya seperti orang lain.

“Kita juga akan mengadakan program santai bersama anak muda dari masa ke semasa selepas Hari Raya Aidifitri nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas mesyuarat agung pertubuhan itu.

Berikut senarai Jawatankuasa Kelab Sahabat N32 sesi 2019 / 2021.

Pengerusi : Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar

Timbalan Pengerusi : Dr. Mohd Zaki Salleh

Setiausaha : Syamsul Bahari Mazaran

Penolong Setiausaha : Mohd. Shahrir Abdul Rahman

Bendahari : Badrul Hisham Jusoh

Ahli Jawatankuasa.

1. Muhammad Jusoh

2. Ismail Zakaria

3. Siva Kumar a/l Sri Raman

4. Tan Sea San

5. Mamat Daud

6. Hanafi Abu Bakar

7. Shammadi Zaid

8. Shah Haru Sidek

9. Siti Marwatini Mamat

10. Saridah Jaafar – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini