Agong berbuka puasa bersama ahli Kabinet, perwakilan asing - Utusan Malaysia

Agong berbuka puasa bersama ahli Kabinet, perwakilan asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta barisan ahli Kabinet di Istana Negara di sini, malam ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Kenamaan lain yang menyertai majlis itu ialah Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis itu turut dihadiri perwakilan asing antaranya dari Yemen, Turki, Arab Saudi, Syria, Jordan, Mesir, Senegal, Bosnia Herzegovina, Palestin, Iraq, Azerbaijan, Bahrain, Thailand, Bangladesh, Jepun, Filipina, India dan Brunei. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini