Utamakan perjuangan parti, bukan agenda peribadi - Utusan Malaysia

Utamakan perjuangan parti, bukan agenda peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 11 Mei – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Datuk Osman Sapian menyambut baik saranan Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar kepemimpinan parti mengubah sikap yang mengutamakan agenda peribadi melebihi perjuangan parti.

Osman berkata, seranan itu bukan sahaja perlu diikuti kepimpinan parti malah turut diguna pakai parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH) bagi memperkukuhkan parti masing-masing.

Katanya, perkara itu perlu dilakukan oleh kerajaan PH yang baru menjangkau usia setahun untuk menjadi sebuah kerajaan yang lebih berkesan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau ada apa-apa diarahkan parti dan kepimpinan tertinggi, kita kena akur. Macam saya, saya rasa saya tak boleh (menjadi Menteri Besar), saya letak jawatan.

“Buat apa kita rasa tak boleh tapi mahu teruskan, biar cari orang lain yang lebih berkemampuan untuk meneruskan. Kita datang dan pergi begitu sahaja, tetapi parti akan terus hidup,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui dalam majlis Program Sehari Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Bersama Masyarakat ‘Ihya Ramadan’ di Surau al-Mabrur, Kampung Melayu Seri Kempas 2, di sini sebentar tadi.

Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas sebelum ini meletak jawatan sebagai Menteri Besar johor pada 8 April lalu sebelum digantikan dengan Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Selain itu Osman yang masih Pengerusi Bersatu negeri sehingga 25 Mei ini sebelum digantikan dengan Mazlan Bujang. – UTUSAN ONLINE

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini