15 asnaf terima sumbangan sempena Ramadan - Utusan Malaysia

15 asnaf terima sumbangan sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 11 Mei – Keberkatan Ramadan bukan sahaja mengajak umat Islam melipat gandakan ibadah masing-masing, malah tidak terkecuali menyantuni golongan yang memerlukan sempena bulan mulia itu.

Lantaran itu, seramai 15 warga emas, ibu tunggal dan golongan lain sekitar kampung yang terlibat tragedi tsunami, di sini terpilih menerima bantuan sempena Program Ziarah Kasih Asnaf 2019 di Dewan Serbaguna Kampung Padang Salim, di sini, hari ini.

Urusetia program itu, Badruel Nizam Ibrahim berkata, mereka menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) negeri, Badan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat) Kem Sungai Ara, Pulau Pinang dan Pertubuhan Kebajikan Ekonomi Masyarakat Negeri Kedah (Perkem).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sumbangan berupa telekung, beras, gula, buah kurma, tepung dan bihun yang bernilai hampir RM100 itu sedikit sebanyak dapat menceriakan para penerima.

“Terima kasih kepada pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan itu yang membantu memilih penduduk memerlukan untuk menerima sumbangan tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk dari Kampung Kepala Jalan, Hujung Matang, Sungai Deraka, Paya dan Haji Kudung itu dilakukan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Merdeka, Rosli Yusof.

Yang turut hadir, Penolong Eksekutif Kanan Yadim negeri, Irfan Syafik Idris, Pengerusi Perkem Kedah, Suhaimi Ali dan Wakil Bakat Kem Sungai Ara, Auni Kholid.

Sementara itu, seorang penerima, Siti Aisah Saud, 70, berkata, dia gembira kerana telah dipilih bagi menerima bantuan yang mengandungi pelbagai barangan makanan yang sebahagiannya boleh digunakan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri kelak. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini