AS hantar kumpulan penyerang laut, ketegangan meningkat dengan Iran - Utusan Malaysia

AS hantar kumpulan penyerang laut, ketegangan meningkat dengan Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 11 Mei – Amerika Syarikat (AS) menghantar kapal penyerang amfibia dan bateri peluru berpandu Patriot hari ini, bagi memperkuat kapal pengangkut pesawat dan pengebom B-52 yang telah dihantar ke Asia Barat.

Menurut Pentagon, sebagai respons kepada dakwaan ancaman oleh Iran, USS Arlington yang membawa tentera, kenderaan amfibia, kapal pendarat, helikopter dan sistem pertahanan udara Patriot dikerahkan.

Washington mengulangi laporan perisikan mereka melihat Iran merancang sesuatu serangan di rantau berkenaan. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini