500 bekas bubur lambuk diagih - Utusan Malaysia

500 bekas bubur lambuk diagih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 11 Mei – Sebanyak 500 bekas bubur lambuk diedarkan kepada penduduk dan pengguna kenderaan di sekitar Parlimen Tangga Batu di Tanjung Puteri di sini sempena bulan Ramadan oleh Hotel Shah’s Beach Resort.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) hotel tesebut yang pertama kali diadakan turut mendapat sokongan daripada warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Gelam dan Balai Polis Tanjung Kling.

Pengurus resort itu, Dennis Samford berkata, program pengagihan bubur lambuk itu disempurnakan Ahli Parlimen Tangga Batu, Prof. Madya Rusnah Aluai dan turut dihadiri Pengetua SMK Kampung Gelam, Sri Dewi Saiful Nathan dan Pemangku Ketua Balai Polis Tanjung Kling, Sarjan Musli Kahmal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak resort memperuntukkan kira-kira RM1,000 untuk menjayakan program ini. Bagi kami sebenarnya bukan nilai peruntukan yang diambil kira sebaliknya semangat penyatuan dan hubungan akrab yang dibentuk menerusi program ini.

“Bermula pukul 10 pagi, semua pihak termasuk wakil sekolah dan balai polis bergotong-royong memasak bubur lambuk dan mula mengagihkannya pada pukul 2 petang,” katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Menurutnya, program itu tidak sekadar mengagihkan bubur lambuk kepada umat Islam malah mereka yang bukan Islam turut menerima sumbangan tersebut dan jelas sekali ia merupakan program yang memupuk semangat perpaduan antara pelbagai kaum dan agama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini