KUALA LUMPUR 11 Mei – Orang ramai dipelawa mendengar Bicara Karyawan Masyarakat Pelbagai Kaum di siaran radio Universiti Putra Malaysia (UPM) di putraFM 90.7, Selasa ini.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memaklumkan, bual bicara berkenaan yang bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari itu akan disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Kebudayaan dan Pendidikan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Isabella Pek.
“Bicara ini bertujuan menyemai dan memartabatkan bahasa Kebangsaan oleh putraFM 90.7 selaku radio rasmi universiti,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Katanya, orang ramai khususnya pelajar boleh mendengar program berkenaan pada pautan radio penstriman (radio streaming) di http://www.putrafm.upm.edu.my. – UTUSAN ONLINE











