Empat model IBS untuk pemaju perumahan  - Utusan Malaysia

Empat model IBS untuk pemaju perumahan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sebanyak empat model sistem binaan industri (IBS) akan ditawarkan sebagai pilihan model kepada pemaju perumahan dalam pembinaan rumah mampu milik di seluruh negara. 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, keempat-empat model itu akan dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (CREAM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Katanya, setakat ini CREAM dan CIDB hanya menyiapkan dua model IBS kepada pemaju.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mengalakkan semua peringkat negeri dan swasta menggunakan model IBS yang dibangunkan oleh CREAM dan CIDB.

“IBS ini jelas terbukti mempercepatkan pembinaan sesebuah rumah dan mampu menjimatkan sehingga 40 peratus kos buruh,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Dasar Perumahan Mampu Milik di Bandar Elmina, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Mohd. Tahir dan Pengerusi Sime Darby Property, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Menurut Zurida, harga yang ditawarkan bagi setiap unit rumah mampu milik tidak lebih daripada RM300,000.

Ujar beliau, bagaimanapun harga rumah tersebut adalah berlainan dari sesebuah negeri berikutan tertakluk kepada pendapatan penduduk setempat.

“Kalau di Selangor, harga rumah mampu milik lagi tinggi dari Terengganu, Alor setar, Kedah dan negeri lain.

“Kementerian sedang menyiapkan analisis pendapatan B40 mengikut lokaliti, bandar dan negeri. Justeru, setiap perancangan perumahan yang hendak diluluskan akan mengambil kira persetujuan pemaju berdasarkan garis panduan harga yang telah ditetapkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini