Warga emas maut kemalangan - Utusan Malaysia

Warga emas maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 11 Mei – Seorang warga emas maut setelah kereta jenis Mercedes Benz dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 172.2 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) arah Kuala Lunpur di Maran, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa, Tay Meng Kiow, 69, yang juga penumpang kereta berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

Isteri mangsa yang juga pemandu Mercedes Benz, Sew Yoon Yin, 64, cedera di bahagian mata kiri dan bahu sebelah kiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abd. Rahman berkata, siasatan awal mendapati pasangan itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk urusan perubatan.

“Sampai di lokasi kejadian, kereta itu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tebing bukit sebelah kiri jalan sebelum terbalik di atas lorong kiri jalan.

“Penumpang kereta itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandunya cedera dan dibawa ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan,” katanya di sini hari ini.

Norzamri berkata, sewaktu kejadian, keadaan permukaan jalan bertar dan rata, dua lorong sehala, jalan lurus, permukaan jalan kering serta cuaca baik tiada hujan.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini