Polis tahan lelaki pandu kereta ketika mabuk - Utusan Malaysia

Polis tahan lelaki pandu kereta ketika mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 11 Mei – Sikap tidak bertanggungjawab seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk menerima balasan apabila dia ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Putra, di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, lelaki berusia 50-an itu dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan untuk pemeriksaan.

Menurutnya, ujian pernafasan yang dijalankan terhadap lelaki itu dengan menggunakan alat kepekatan pengesan alkohol menunjukkan dia telah melebihi paras alkohol yang ditetapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemandu tersebut telah ditahan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk dikenakan tindakan lanjut di bawah Seksyen 45 A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Operasi khas mabuk yang dilaksanakan bermula pukul 12 tengah malam tadi berakhir kira-kira pukul 4 pagi dengan disertai oleh 12 pegawai dan anggota.

Sementara itu, Mohd. Rozi menasihatkan orang awam supaya tidak memandu atau menunggang motosikal ketika di bawah pengaruh alkohol kerana boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini