PRK Sandakan: 32 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari - Utusan Malaysia

PRK Sandakan: 32 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN 11 Mei – Peratusan yang keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan sehingga pukul 12 tengah hari tadi adalah 32 peratus setelah kesemua 19 pusat mengundi dengan 90 saluran dibuka pada 7.30 pagi tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah antara yang meninjau proses pengundian di beberapa pusat mengundi seperti Sekolah Menengah Yu Yuan dan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 1 dan 2.

Calon-calon yang mengundi pagi tadi ialah calon DAP Vivian Wong Shir Yee, calon Bebas Chia Siew Yung dan calon Bebas Sulaiman Abdul Samat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Proses pengundian berjalan sehingga 5 petang ini melibatkan 39,684 pemilih berdaftar, yang SPR menyasarkan 70 peratus daripada jumlah itu akan keluar mengundi.

Sepanjang pagi tadi cuaca baik, namun Jabatan Meteorologi meramalkan ribut petir di beberapa tempat di Sandakan pada sebelah petang nanti. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini