Gerai kelapa bakar musnah terbakar - Utusan Malaysia

Gerai kelapa bakar musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mei – Sebanyak lima gerai menjual kelapa bakar musnah dalam kebakaran di Jalan Sulaman KKIP di Kota Kinabalu, Sabah awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.46 pagi sebelum mengejarkan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu ke tempat kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kesemua lima lot gerai jenis tidak kekal itu telah hangus terbakar dan kita berjaya mengawal kebakaran pada pukul 3.30 pagi daripada merebak ke premis gerai berdekatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 6.05 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini