Gangguan bekalan air di utara Perlis 14 Mei - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air di utara Perlis 14 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Hampir keseluruhan kawasan utara Perlis akan mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah antara 9 pagi hingga 5 petang Selasa depan.

Syarikat Air Perlis (SAP) Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, gangguan tersebut adalah disebabkan kerja-kerja kecemasan pembaikan pam air mentah di loji pembersihan air Timah Tasoh.

Kawasan-kawasan terlibat ialah keseluruhan kawasan Padang Besar termasuk Kem Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), Felda Rimba Mas, Tapak Industri Padang Besar dan Kampung Kolam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut terlibat Taman Kastam, Taman Kim, Kampung Tersusun, Kampung Kok Mak, Felda Mata Air, sepanjang jalan dari Padang Besar hingga ke Batu 17, Jalan Kaki Bukit termasuk Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Gua Cenderai dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Kawasan-kawasan lain yang juga menerima gangguan ialah seluruh kawasan Beseri, Abi, Bintong, Kuala Perlis dan Kangar.

Bekalan air dijangka pulih semula pada Rabu secara berperingkat.

Sehubungan itu, pihak SAP menasihatkan semua pengguna di kawasan-kawasan terlibat supaya dapat menyimpan air secukupnya sehingga bekalan air kembali pulih sepenuhnya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini