109 mangsa banjir masih menghuni dua pusat pemindahan - Utusan Malaysia

109 mangsa banjir masih menghuni dua pusat pemindahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 10 Mei -Seramai 109 mangsa banjir dari 20 keluarga masih lagi ditempatkan di dua buah pusat pemindahan di Seberang Perai Utara (SPU) ekoran kediaman mereka dilanda banjir.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh setakat pukul 4 petang ini, seramai 74 penduduk daripada 13 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Dewan Muhibbah, Merbau Kudung, Sungai Dua.

“Seramai 11 mangsa banjir daripada dua keluarga yang menghuni Dewan Muhibbah sejak semalam telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Boon Poh berkata, seramai 35 mangsa banjir daripada tujuh keluarga juga masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan di Surau An Nur Kampung Tok Sani, Tasek Gelugor di sini.

“Buat masa ini, kesemua mangsa yang dipindahkan diletakkan di bawah perhatian empat pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu dua pegawai di setiap pusat pemindahan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini