KUALA LUMPUR 10 Mei – Hari ini merupakan hari ke lima umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan dan pasti ramai yang sebelum ini tidak berpeluang untuk pulang ke kampung untuk berbuka puasa dengan kedua orang tua dan adik beradik, menyusun perjalanan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Sekiranya destinasi yang dituju dari ibu kota Kuala Lumpur adalah ke arah selatan, pihak pengurusan dan penyediaan makanan Hotel Grand Paragon, Johor Bahru, Johor sedia menanti kunjungan anda untuk menikmati lebih 100 jenis hidangan termasuk hidangan utama, pencuci mulut dan minuman yang bertemakan Semarak Ramadan Juadah Kampung.
Di Cafe Para Para, berbuka puasa Semarak Ramadan Juadah Kampung Hotel Grand Paragon menawarkan harga RM118 untuk seorang dewasa dan RM55 bersih untuk kanak-kanak manakala warga emas yang berusia 55 tahun ke atas boleh menikmati diskaun 25 peratus.
Keistimewaan menu berbuka puasa di Cafe Para Para ialah makanan laut shell out selain daripada kambing panggang kuzi, sup utara dan kari ‘lamb shank’ .

Bagi mereka yang gemarkan ayam, cuba rasai keenakan ayam percik yang disediakan selain daripada masakan kampung seperti daging salai masak lemak cili padi, babat masak lemak rebung dan pelbagai kuih muih Melayu serta pengat pisang, cendol, bubur kacang merah, apam balik dan ais kacang.
“Selain daripada berbuka puasa, di bulan Ramadan ini, kita juga menggunakan pendekatan buffet khas iaitu bersahur yang bermula dari pukul 4 pagi sehingga 5.30 pagi, sebelum masuknya waktu Imsak,” kata Setiausaha Pengurs Besar MARCOM, Grand Paragon, Johor Bahru, Noramin Mohd. Idrus.
Beliau berkata, Buffet Sahur berharga RM48 bersih untuk dewasa manakala kanak-kanak, RM28.
“Kita juga mengambil kira rakyat Malaysia yang mempunyai saudara mara di Singapura yang mana mungkin mereka akan singgah di Johor Bahru sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura di bulan puasa ini.

“Jadi, berbuka di Cafe Para Para, kita menyediakan pakej bilik eksklusif dua hari satu malam di bilik standard yang mana, pakej ini kita kenakan caj RM390 bersih. Jadinya pakej ini termasuk sarapan atau sahur dan makan malam atu berbuka puasa,” ujarnya.
Promosi pakej bilik Ramadan bermula 5 Mei dan berakhir pada 5 Jun. – UTUSAN ONLINE











