[VIDEO] Dua terbunuh Mitsubishi Triton langgar Proton Exora - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dua terbunuh Mitsubishi Triton langgar Proton Exora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Dua terbunuh dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di Kampung Tebing Tinggi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, seorang kontraktor cuci pejabat, Nor Rarzalina Abu Kasim, 44, yang memandu Proton Exora dan pemandu pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton, Koo Khoon Liang, 37, meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Penguasa Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Mohamad Zulkifli Mohamad Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.05 tengah hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lapan anggota bersama satu jentera telah bergegas di tempat kejadian sebaik menerima panggilan itu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, dua mangsa cedera parah akibat tersepit di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia dan kita menggunakan alat hidraulik untuk mengeluarkannya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, mayat Nor Rarzalina berada di luar kenderaannya manakala Khoon Liang tercampak ke dalam longkang.

“Kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan kita telah membersihkan kawasan kejadian,” ujarnya.

Difahamkan, pacuan empat roda itu datang dari arah Jerantut menghala ke Temerloh sebelum bertembung dengan Proton Exora dan Perodua Axia dari arah bertentangan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini