Guru bukan opsyen bahasa Inggeris perlu ambil MUET - Utusan Malaysia

Guru bukan opsyen bahasa Inggeris perlu ambil MUET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Guru bukan opsyen bahasa Inggeris perlu menduduki peperiksaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) bagi melayakkan mereka mengajar bahasa berkenaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, langkah itu perlu bagi memberi peluang kepada guru berkenaan dibenar mengajar bahasa itu selain perlu mempunyai tahap kelayakan penguasaan minimum C1 dalam kelayakan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).

Ia juga bagi membolehkan guru berkenaan menukarkan opsyen masing-masing untuk mengajar bahasa Inggeris.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan guru bahasa Inggeris mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa itu. Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melahirkan guru yang berupaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

“Kerajaan juga bersedia memberikan latihan secara praktikal dan online bagi meningkatkan tahap penguasaan dalam bahasa Inggeris,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Darul Ridwan dekat sini hari ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini