Pelajar tahfiz dakwa diliwat warden asrama - Utusan Malaysia

Pelajar tahfiz dakwa diliwat warden asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Lima pelajar sebuah maahad tahfiz di sini didakwa menjadi mangsa liwat selain dipaksa melakukan seks oral oleh warden asrama pusat pengajian itu sejak awal bulan lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, kejadian itu dilaporkan guru maahad tahfiz tersebut berusia 25 tahun hari ini.

“Berdasarkan maklumat, seorang pelajar tahfiz berusia 15 tahun mengadu kepada guru terbabit bahawa dia diliwat oleh warden asrama pada 24 April lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa mengaku ia merupakan kali keempat dipaksa masuk ke dalam bilik warden dan diliwat selain turut dipaksa melakukan seks oral dalam kejadian sebelum itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, warden itu juga mengugut untuk memukulnya jika mangsa memberitahu kejadian kepada guru lain.

Menurutnya, guru sama pada Selasa lalu mendapati terdapat seorang lagi pelajar berusia sembilan tahun yang turut menjadi mangsa warden berkenaan.

“Pelajar terbabit mendakwa diliwat sejak 1 April lalu dan mangsa mendedahkan terdapat tiga lagi rakannya yang terlibat sama.

“Tiga mangsa itu mengaku warden tersebut telah memaksa mereka melakukan seks oral serta dipaksa menonton video lucah,” katanya.

Tambahnya, pihaknya masih menyiasat kejadian tersebut termasuk mengambil keterangan guru terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini