Malaysia terima pengajaran berguna - Utusan Malaysia

Malaysia terima pengajaran berguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Skuad muda negara menerima pe­ngajaran paling berguna hari ini apabila memulakan kempen Kejuaraan AFF Bawah 15 (B-15) Perempuan dengan kekalahan 0-4 kepada Laos di Chonburi, Thailand.

Skuad bimbingan Mohd. Zerry Nazeri dibolosi empat kali pada separuh masa pertama dalam saingan Kumpulan B di Stadium IPE 1, Chonburi.

Hatrik Pe pada minit ke-21, 30 dan 35 memastikan Laos me­mulakan kempen dengan kanan, sebelum Chinda Sihalath melengkapkan kemenangan besar Laos pada minit ke-38.

Memuatkan artikel berkaitan…

Memasuki babak kedua, pemain Malaysia mula mendapat rentak dan lebih berkeyakinan dengan tidak membenarkan gawang mereka terus dibolosi.

Pasukan negara kini akan menentang Kemboja dalam aksi kedua esok, sebelum berdepan cabaran getir juara bertahan, Thailand dalam perlawanan terkahir Kumpulan B, Rabu ini.

Dua pasukan teratas layak ke separuh akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini